Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil. 42/2025 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 22 MAC 2025
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Bilik Rafflesia, SMKDJ

2. Pihak sekolah amat berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. 2.1  Ucapan Pengerusi
  2. 2.2  Membentangkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-41
  3. 2.3  Menerima Laporan Tahunan PIBG 2024
  4. 2.4  Menerima Penyata Kewangan 2024
  5. 2.5  Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025
  6. 2.6  Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2025/2026
  7. 2.7  Usul-usul (jika berbangkit)
  8. 2.8  Hal-hal lain
  9. 2.9  Ucapan Penangguhan

3. Kehadiran Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat diharapkan demi kepentingan pencapaian akademik anak-anak kita bersama dan kecemerlangan sekolah.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
( SHEIKH FAISAL BIN SHEIKH MANSOR) YDP PIBG
SMK Damansara Jaya

NOTIS-MESY_250303_163833