
Minggu kedua sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya (SMKDJ) telah mengadakan perjumpaan pertama bagi setiap unit kokurikulum seperti Kelab dan Persatuan, Permainan dan Unit Beruniform. Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengambil peluang ini untuk membuat perjumpaan pertama atau mesyuarat agung dengan objektif memperkenalkan murid-murid dari Tingkatan 1 mengenai unit beruniform ini di SMKDJ. Kebiasaannya perjumpaan akan diadakan di Blok E dengan setiap tingkatan dipecahkan mengikut kumpulan dan kelas berasingan. Kali ini, perjumpaan pertama diadakan di Den Pengakap dengan tujuan agar semua tingkatan dapat berkenalan sebelum dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing.
Pengenalan guru-guru penasihat kepada murid-murid juga diadakan supaya mereka dapat mengenali guru untuk sebarang urusan mengenai Pengakap. Selepas pengenalan guru, sesi pemilihan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) bagi untuk membantu melancarkan aktiviti unit beruniform ini.

Semoga sesi 2025-2026 membangkitkan semangat ahli pengakap yang lain untuk menjadi ahli yang aktif dan menaikkan nama SMKDJ.