Kenali Kami

SMKDJ telah dianugerahkan status Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Terokai Sekarang

Sejarah

Pada 3 Januari 1983, SMK Damansara Jaya telah ditubuhkan. Seperti sekolah lain, SMKDJ mempunyai tanggungjawab yang ketara tetapi rumit: iaitu membimbing dan mengajar generasi muda sehingga berjaya sebagai pemimpin negara pada masa depan.

SMKDJ mempunyai 3 blok, 6 bilik darjah, 24 guru dan seramai 189 pelajar pada tahun pertamanya. Dalam tahun-tahun yang akan datang, jumlah pelajar meningkat secara mendadak. Bagi menangani masalah lebihan pelajar, dua blok sementara, Blok D dan E, telah dibina pada tahun 1985. Pada tahun 1988, pembinaan Blok F telah dirancang. Pada tahun yang sama, SMKDJ telah dianugerahkan "Sekolah Harapan Negara", suatu pencapaian yang mengharumkan nama SMKDJ.

Pembinaan Blok F telah disiapkan pada tahun 1992. Pembangunan seterusnya ialah Bilik Bergerak.

Pada tahun 2013, SMKDJ mencapai prestasi yang luar biasa, iaitu status Sekolah Kluster Kecemerlangan. SMKDJ ditukar menjadi sekolah sesi tunggal pada tahun 2015. Dengan kerjasama para pelajar, guru-guru dan semua pihak yang terlibat, SMKDJ akan menjadi sekolah yang membanggakan warga sekolah pada tahun-tahun yang akan datang.

Sejarah

Pendidikan Dwibahasa

Di SMKDJ, kami mengutamakan komunikasi yang berkualiti. Untuk mencapai aspek ini, kami telah melaksanakan sistem pendidikan dwibahasa dalam pengajaran kami.

Dalam era dunia tanpa sempadan, kepentingan pembelajaran bahasa Inggeris semakin meningkat. Walau bagaimanapun, kita tidak melupakan kepentingan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia yang menyatukan pelajar-pelajar yang berbilang kaum.

Oleh itu, sukatan pelajaran telah disampaikan dalam kombinasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dalam jumlah penggunaan yang sesuai. Pelajar memahami dan mengetahui cara-cara mengaplikasikan kandungan akademik dalam kedua-dua bahasa, kerana pendidikan dwibahasa diaplikasikan secara konsisten, dari kelas hingga dewan peperiksaan.

Ini bukan sahaja dapat membantu pelajar yang menghadapi kesusahan dalam menggunakan salah satu bahasa untuk memahami sukatan pelajaran, tetapi melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam kedua-dua bahasa yang dituturkan dan dituliskan ini demi membolehkan mereka berjaya.

Pendidikan Dwibahasa
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Moto
Berilmu Untuk Berjasa.

Ciri-ciri seorang DJian

Bertekad

Tidak akan berputus asa dalam situasi yang sukar dan mencabar.

Berguna

Sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Berkeyakinan

Tidak teragak-agak untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dengan orang lain.

Bersikap Terbuka

Menyertai aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum secara aktif.

Berpengetahuan

Mampu mencari penyelesaian untuk pelbagai masalah.

Kreatif

Sentiasa berfikiran terbuka melalui perspektif yang berbeza.

Logo SMKDJ

Dihiasi di seluruh sekolah dan pada pakaian seragam sekolah, logo sekolah kami ialah gambaran visual kebanggaan dan tujuan SMKDJ. Ia direka oleh warga DJian terdahulu dengan menggunakan pelbagai simbol untuk mengingatkan generasi-generasi DJian pada masa depan tentang jati diri mereka.

Bulan Sabit dan Bintang Kuning

Simbol agama rasmi Malaysia iaitu Islam.

Buku Terbuka dan Obor

Mewakili sumber pengetahuan dan keinginan membara kalangan pelajar kami untuk belajar.

Dua Lingkaran Bunga

Melambangkan perkembangan akademik dan ekstrakurikular dalam pelajar.

Biru Tua

Biru tua ialah warna latar lencana sekolah dan melambangkan perpaduan dalam kalangan DJian.

Merah

Merah merupakan warna darah dan melambangkan semangat perjuangan untuk memenuhi impian dan cita-cita diri.

Kuning

Kuning merupakan warna diraja Malaysia dan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kalangan rakyat Malaysia.

Putih

Putih mewakili kebersihan dan kesucian, bukan sahaja dalam pemikiran, tetapi juga dalam perkataan dan tindakan kita.

Gelang Bersambungan

Ia mewakili semangat sukan dan atletik, yang sama pentingnya dengan akademik dan pengetahuan.

Bunga Raya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Ia melambangkan jiwa yang suci dan kelima-lima kelopaknya mewakili prinsip Rukun Negara kita.

Berilmu Untuk Berjasa

Slogan ini bermaksud penimbaan ilmu untuk berbuat baik kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Ahli-Ahli PIBG Wakil Ibu Bapa

Sr N.K. Thayalan

Yang Dipertua PIBG & Biro Ko-Kurikulum.

Pn Stephanie Cheong

Timbalan YDP PIBG, Biro Sokongan Alumni & Semangat DJian dan Biro "Go-Green".

Encik Mohamed Khalid b. Jamal Mohamed

Biro Pembangunan Sekolah dan Biro "Go-Green".

Encik Eric Fernandez

Biro Sokongan Alumni & Semangat DJian dan Biro Akademik/ICT.

Datin Noraini Selamat

Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Sosial & Kebajikan.

Dr. Kalaivani a/p Muthu

Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Sosial & Kebajikan.

Encik Louis Lim

Biro Pembangunan Sekolah dan Biro “Go-Green”.

Datin Linda Ching-Cheang

Biro Sokongan Alumni & Semangat DJian dan Biro Ko-Kurikulum.

Encik Kenny Loh

Biro Sokongan Alumni & Semangat DJian dan Biro Pembangunan.

Encik Azrin Firdaus

Biro Ko-Kurikulum dan Biro Akademik/ICT.

Kata Alu-Aluan oleh Pn Teo Boon Hwa <br> Pengetua SMKDJ

Kata Alu-Aluan oleh Pn Teo Boon Hwa
Pengetua SMKDJ

Selamat sejahtera,

Selamat datang kepada para pengunjung laman web rasmi SMK Damansara Jaya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak terlibat yang telah berjaya membangunkan laman web rasmi sekolah ini. Tanpa kecekalan dan usaha yang konsisten secara optimum laman web ini tidak dapat direalisasikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini saya turut ingin menyatakan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan rasmi ini. Laman web rasmi ini merupakan satu wadah dalam menyampaikan informasi dan berita terkini berkaitan SMK Damansara Jaya seperti pencapaian kejayaan dan beberapa agenda yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.

Dalam menelusuri era penuh cabaran ini, SMK Damansara Jaya turut bergerak selari dengan seruan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Mazslee Malik yang menyatakan bahawa "Modal insan negara kita seharusnya menerima pendidikan holistik yang seimbang antara bidang akademik dan kemahiran teknikal. Para pendidik pula seharusnya berupaya menyampaikan pembelajaran dan pemudahcaraan yang efisien menerusi teknologi.” Seiring dengan hasrat yang dinyatakan tersebut, penggunaan laman web rasmi ini juga merupakan satu usaha dalam menjayakannya.

Di samping, penggalakan terhadap warga pendidik untuk menggunakan alatan dan bahan berunsur teknologi semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan agar murid-murid terdedah dengan perkembangan teknologi semasa, sama seperti sekolah-sekolah berprestasi tinggi yang lain.

Akhir kalam, saya selaku pengetua SMK Damansara Jaya berharap agar laman web ini berupaya untuk menjadi satu medium yang mampu memberi manfaaat dan kemudahan kepada para pengunjung yang memerlukan maklumat daripada sekolah ini. Semoga warga sekolah, ibu bapa dan mana-mana pihak yang berkaitan berupaya untuk bersama-sama mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.

“BERILMU UNTUK BERJASA”

Takwim

Klik untuk melihat atau memuat turun takwim sekolah kami untuk membantu perancangan program anda bagi tahun 2020.
Muat Turun