Kokurikulum

Pembelajaran kami tidak tersekat dalam dinding bilik darjah.

Terokai Sekarang
Bermacu Kejayaan Bersama

Bermacu Kejayaan Bersama

Di SMKDJ, kami tidak berhenti dengan keputusan yang sederhana, namun berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Tahun demi tahun, warga DJian mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kami telah melahirkan banyak pelajar yang mempunyai GPA yang mengagumkan dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Kami juga menghasilkan banyak pendebat yang handal, Pengakap Raja yang aktif, ahli-ahli Harmonix Youth Choir yang hebat, dan lain-lain.

Sudah terbukti bahawa SMKDJ merupakan persekitaran yang kondusif untuk mencungkil potensi diri remaja, dan memupuk minat akademik serta atletik, seni dan pelbagai bakat yang berbeza. Semua ini dapat dikaitkan dengan pendidik kami yang berdedikasi dan tanpa lelah menanamkan nilai-nilai serta semangat dalam pelajar-pelajar kami bagi menggalakkan pencapaian prestasi yang tinggi.

Budaya berusaha untuk mencapai kecemerlangan ini merupakan suatu pengaruh yang hebat kepada warga DJians. Sepanjang usaha kami untuk meningkatkan diri dan sekolah kami ke tahap yang lebih tinggi, setiap warga DJian mempunyai tujuan untuk bukan sahaja menghiasi sekolah dengan piala, sijil dan pingat, tetapi juga untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk membawa kesan positif kepada masyarakat. Kami sedia maklum bahawa kejayaan masa depan merupakan amanah generasi kita, dan tiada tempat yang lebih baik untuk bermula selain daripada SMKDJ.

Keistimewaan Kami

KOIR

Harmonix Youth Choir dianggotai oleh ramai ahli belia berbakat yang telah bertanding dalam pertandingan yang tidak terkira jumlahnya.

BAHASA INGGERIS

Sekolah kami telah mengekalkan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi dalam kalangan pelajar melalui pendidikan yang efektif.

Badan Beruniform

Pengakap

Be Prepared

St. John Ambulance

Pro Fide, Pro Utilitate Hominum

BSMM

Inter Arma Carita

Kadet Polis

Mesra, Cepat & Betul

Kadet Remaja Sekolah

Ilmu, Iman & Amal

Pandu Puteri

Selalu Bersedia

Taekwando WTF

Ignite

Wushu

Martial Arts

Kelab dan Persatuan

Kelab Leo

Koir & Muzik

Kelab Sorak

Robotik

Persatuan Pelajar Buddha

Christian Fellowship

Koperasi & Pengguna

KHB & Kulinari

SPBT

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Islam

Sains & Matematik

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa & Warisan

Kelab Kerjaya

Kelab 1 Malaysia

Pencegah Jenayah

SLAD & Prostar

Kejayaan Unit Kokurikulum

Sila muat turun dokumen Kejayaan Unit Kokurikulum yang terbaru.
Muat Turun