Kurikulum

Kami berusaha untuk memperkasakan pelajar dengan pengetahuan.

Terokai Sekarang
PT3

PT3

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah di Malaysia. PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.

Namun begitu, PT3 diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014, dari bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama.

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

SPM
Statistik PT3

Lihat
Statistik SPM

Lihat
Jadual Waktu Akhir Tahun T4

Lihat
Jadual Waktu SPM 2020

Lihat