15th Malaysian Choral Eisteddfod 2017

July 27th at 9:22pm| Category: Co-curricular, Competitions| Tags: International, Eisteddfod
Choral Eisteddfod 2017
  1. Pengenalan Pertandingan : 15th Malaysian Choral Eisteddfod 2017, adalah satu wadah muzik yang dapat memperkenalkan pelbagai aspek nyanyian koral. Pertandingan kebangsaan ini yang mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Associated Board Royal Schools of Music (ABRSM) dapat mendedahkan, mendidik dan menggalakkan murid-murid sekolah agar dapat mempersembahkan nyanyian koir yang terbaik.

Pasukan Koir Yang Terlibat: 2 pasukan Harmonix Youth Choir (HYC) SMK Damansara Jaya (78 peserta)

  • Kumpulan SSA (perempuan sahaja; 43 orang)
  • Kumpulan SATB (perempuan dan lelaki; 35 orang)
  1. Kejayaan yang diperolehi: Johan (kumpulan SSA) dan naib johan (kumpulan SATB) Kebangsaan 15th Malaysian Choral Eisteddfod 2017.

  2. Impak kepada murid/sekolah :

    • Membina semangat jati diri yang utuh dalam diri peserta setiap peserta.
    • Peserta dapat mempertingkat dan mengaplikasi teknik vokal dalam nyanyian.
    • Dapat mewujudkan standard dan kualiti nyanyian koral yang bermutu tinggi
    • Dapat mengharumkan nama sekolah.
  3. Rumusan Program/Aktiviti : Pertandingan ini memberi banyak manfaat kepada peserta kerana mereka dapat menunjukkan bakat dalam bidang seni vokal. Peserta juga dapat menimba lebih pengalaman dan pengetahuan dengan menyertai pertandingan ini. Kejayaan menjadi Johan Peringkat Kebangsaan menunjukkan peserta dari SMK Damansara Jaya dapat menguasai teknik vokal serta dapat menghayati serta menunjukkan minat dan komitmen yang cemerlang dalam aktiviti koir.