ICT-Thon 2018

August 15th at 5:25pm| Category: Fundraisers| Tags: Carnival, ICT
ICT-Thon

Karnival ICT-Thon telah diadakan pada 11 Ogos 2018 di SMK Damansara Jaya.

Objektif Karnival ICT-Thon SMKDJ 2018:

Menggantikan 40 buah komputer lama yang tidak dapat menampung keperluan semasa yang lebih canggih bagi membantu pengajaran dan pembelajaran Komputer Sains (SPM) dan Asas Sains Komputer (Ting. 1, 2, 3).

Menyediakan awning dan penutup longkang di kawasan sekolah yang sudah reput dan rosak, khasnya di kantin sekolah, dewan pavilion, makmal sains, dan makmal komputer bagi menjamin keselamatan dan keselesaan murid.

Memberi peluang untuk menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama, kejujuran, amanah dan kepimpinan kepada semua murid.